Pengenalan MYSTAR

Apa itu Mystar



Mystar ialah satu portal pendidikan secara online yang berkonsepkan e-pendidikan atau juga dikenali dengan Webucation iaitu Website + Education. Portal ini merangkumi pendidikan untuk pelajar bermula usia 3 tahun sehingga 17 tahun. Bermakna dari permulaan kanak-kanak pra-sekolah, Sekolah Rendah sehinggalah ke Sekolah Menengah Sijil Pelajaran Malaysia.

Produk mystar



Mystar menyediakan 7 produk seperti :

1. MYSTAR- A - ini adalah untuk pendidikan dari Darjah 1 sehinggalah Tingkatan 5.


2. MYSTAR- Tadika - untuk kanak-kanak berusia 3 tahun hingga 6 tahun dan disediakan dalam 2 versi iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.




3. MYSTAR- Bahasa - Produk ini boleh diakses oleh semua lapisan masyarakat dari seawal usia 1 tahun sehingga usia 100 tahun. Di dalam modul MYSTAR-Bahasa ini, terdapat sembilan bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Jepun, Bahasa Arab, Bahasa Tamil, Bahasa Mandarin, Bahasa Thai, Bahasa Perancis, dan Bahasa Indonesia.


4. MYSTAR-Islamic direka khas untuk pengguna Muslim sahaja yang berumur seawal 1 tahun sehingga 100 tahun.

menyediakan elemen-elemen seperti berikut :

•Iqra'

•Al-Quran

•Solat

•Puasa

•Haji dan Umrah

•Himpunan Doa-Doa

5. MYSTAR-Info merangkumi himpunan doa-doa, motivasi, resipi, kuih-muih dan petua-petua serta tips.


6.MYSTAR-Tonton membawa konsep komunikasi dua hala yang akan membincangkan secara terus tentang kemusykilan atau permasalahan serta memberi panduan-panduan dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan kehidupan seharian secara 'Live Streaming' atau secara 'online'


7.MYSTAR- Ceria - Ia merupakan produk yang berunsur hiburan yang telah direka khas bagi tatapan pengguna untuk merehatkan minda serta menghilangkan tekanan selari dengan konsep iaitu rilek santai ceria. Modul hiburan ini mengandungi cerita, lagu dan permainan. MYSTAR-Ceria sesuai untuk semua lapisan umur. Kesemua elemen-elemen ini telah dipersembahkan di dalam bentuk animasi Flash.

Tuesday, April 5, 2011

Mystar-Islamic

MULAKAN PAGI ANDA DENGAN DOA-DOA YANG DAPAT MEMBUKA PINTU REZEKI,MEMBUKA PINTU HATI,MENENANGKAN FIKIRAN DAN BANYAK LAGI KOLEKSI DOA YANG KAMI SEDIAKAN.....DAPATKAN DOA-DOA INI DALAM MYSTAR-ISLAMIC.....

Friday, February 11, 2011

My Star Islamic



MYSTAR-ISLAMIC MEMBEKALKAN KEPADA ANDA SEBAGAI PENGGUNA KAMI DENGAN PELBAGI MAKLUMAT DAN INFO MENGENAI HAJI,UMRAH,SOLAT,DOA DAN PELBAGAI LAGI YANG BERKAITAN DENGAN ILMU DUNIA DAN BEKALAN HARI AKHIRAT....SEMUA INI SEBAGAI LANGKAH AWAL KEPADA SEMUA PENGGUNA MUSLIM DALAM MEMBUAT PERSEDIAAN UNTUK MENGHADAPI SESUATU.


Anda berminat??? Segeralah daftar dengan kami sebagai pengguna Mystar, sememangnya anda akan berpuas hati dengan produk yang kami tawarkan. Sila klik butang Daftar di sebelah kiri atas atau juga boleh hubungi kami melalui email dan juga nombor telefon yang tertera di sebelah kanan atas.

Thursday, February 10, 2011

Tips Penggunaan Internet Untuk Kanak-kanak




TIP PENGGUNAAN INTERNET UNTUK KANAK-KANAK

Kemunculan internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh kerana tidak ada sesiapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, maka berjuta-juta laman web telah diwujudkan. Bermacam-macam maklumat (sama ada benar atau salah), idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga bahan lucah disebarkan melalui internet.

Apakah kesannya apabila kanak-kanak mula berjinak-jinak dengan internet tanpa pengetahuan anda? Adakah anda boleh ketahui laman web yang mana anak anda layari? Apakah yang anda boleh lakukan untuk memastikan yang anak anda selamat ketika melayari internet? Anda harus mempelajari selok belok dunia komputer agar anda dapat menyekat bahan yang tidak disenangi. Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh berkongsi dengan anak anda:

•Letak komputer di tempat yang umum dan bukan di dalam bilik agar anda dapat mengawasi anak anda.

•Tandakan (Bookmark) laman kegemaran anak anda agar senang untuk anda melayari laman tersebut.

•Kongsi akaun e-mel dengan anak anda agar anda dapat mengawasi mesej yang diterima.
•Luangkan masa untuk melayari internet bersama anak anda untuk mengajarnya tabiat "online" yang betul.

•Jangan sesekali membenarkan anak anda memasuki ruangan sembang peribadi (private chat rooms); sekat dengan ciri-ciri keselamatan yang di lengkapkan oleh penyedia perkhidmatan internet (internet service provider) atau guna perisian penapisan khusus (special filtering software).

•Selalu mengawasi kad kredit dan bil telefon anda untuk menyemak bayaran akaun yang luar biasa.

•Jangan buat tidak endah jika anak anda memberitahu ada pertukaran "online" yang tidak menyenangkan.

•Panjangkan salinan mesej yang mengandungi unsur lucah atau yang mengandungi unsur ugutan kepada penyedia perkhidmatan internet (internet service provider).

•Kebanyakan laman web menggunakan "cookies'" iaitu sejenis alat khas untuk mengesan informasi khusus berhubung dengan pengguna seperti nama, e-mel dan alamat. "Cookies" boleh diberhentikan (disabled). Hubungi penyedia perkhidmatan internet (internet service provider) anda untuk maklumat lanjut.
Artikel ini di petik dari : Portal Smart Consumer
**Dalam Program Mystar, sewaktu anak-anak menjawab soalan latihan, ada audio yang akan memperdengarkan sama ada jawapan yang diberi salah atau betul. Jika salah "tidak tepat" dan jika betul "cerdik" atau"pandai" atau "sangat pandai". Ini secara tidak langsung ibubapa tahu yang anak-anak sedang membuat latihan.

Wednesday, February 9, 2011

E-Pembelajaran Output

Artikel ini dipetik dari infomystar

PORTAL MYSTAR A DAN B DARI PUNCAKMAS MARKETING SDN BHD SEBAGAI MEDIUM PEMBELAJARAN ALTERNATIF OUTPUT , PENGUKUHAN ILMU YANG DIPELAJARI OLEH ANAK-ANAK ANDA.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya pernah ditanya seorang pelanggan saya. Adakah anak saya terlambat utk program e-pembelajaran MYSTAR A? sekarang dah bulan 5 nak masuk bulan 6 bagaimana? Anak saya mampu ke mengikuti apa yang MYSTAR A sediakan sebagai medium bantuan belajar tambahan ?

Jawapan yang saya berikan pada beliau adalah “Tidak” sama sekali, lagi lambat daftar lagi bagus, kerana program e-pembelajaran MYSTAR A merupakan program pengukuhan pembelajaran anak-anak anda . Jika boleh 1 atau 2 bulan seblm periksa atau ujian amat baik mengikuti MYSTAR A.

Kenapa saya berkata begitu? Kerana boleh dikatakan hampir sepenuhnya silibus disekolah yang mana anak-anak anda telah pelajarinya. Maka MYSTAR A membantu anak-anak dengan mendedahkan teknik menjawab soalan.

Adakah anak kita tidak pandai? Pada survey yg saya buat, rata-rata murid sekolah bukan tidak pandai tetapi tidak faham soalan dan tidak mahir dengan gaya bahasa atau trik soalan peperiksaan yang diberi. Oleh yg demikian murid sekolah gagal menjawab soalan tersebut kerana tidak faham bukan tidak tahu.

MYSTAR A memberi pendedahan awalan seblm anak-anak anda menduduki peperiksaan yg sebenar. Pengalaman saya dengan seorang pelanggan saya sebelum ini. Beliau mengatakan ada juga soalan MYSTAR A keluar dlm peperiksaan anak beliau. Beliau amat bangga dan puashati.

Kenapa? Kerana MYSTAR A merupakan satu-satu nya syarikat bumiputra yang bekerjsama secara SAH dengan USM PPPJJ (program pembelajaran jarak jauh). Dengan kerjasama ini , USM diberi mandat dengan membekalkan guru-guru pakar Gred A untuk memantau soalan-soalan yg dibekalkan oleh MYSTAR A. Maka tidak hairanlah keberangkalian soalan yg hampir sama boleh berlaku . Guru-guru sekolah mengajar mengikuti silibus oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Soalan-soalan PORTAL MYSTAR pula dari kumpulan guru-guru GRED A, KPM.

Sehingga hari ini pangkalan data soalan MYSTAR melebih 500,000 soalan yang merangkumi semua peringkat umur murid dari darjah 1 – 6, tingkatan 1 – 5. Puncakmas syarikat yang membekalkan MYSTAR A masih berusaha dgn menambah 2000 soalan setiap sebulan.

Dengan inisiatif dan komitmen yg begitu tinggi oleh puncakmas marketing sdn bhd ini patut dihargai, kerana adakah kita mahu utk membeli buku latihan yg banyak hanya semata-mata utk peperiksaan anak kita? Dan siapa pula yang akan menyemak latihan mereka? Kita? Adakah kita boleh memberi kerjasama yg baik pada anak-anak kita, sedangkan kita sendiri bukan pakar dlm setiap bidang yg anak kita pelajari. Serahkan kepada pakar mereka tahu apa yang mereka buat.

MYSTAR tidak memaksa utk membeli program secara pukal , malah cukup dengan hanya sebulan sebagai percubaan. Kata org cuba dulu baru tau bagus atau tidak. Brapa harga nya? di bawah saya terangkan pakej yang telah disediakan oleh puncakmas utk anak-anak kita.

Sunday, February 6, 2011

Berstatus Stokis



Alhamdulillah...kini kami telah mendaki satu lagi anak tangga dengan berstatus stokis untuk Parlimen Melaka Tengah. Semoga kami akan terus mendapat sokongan dari semua pihak.

Friday, February 4, 2011

Modul Tambahan MyStar-A




MYCEMERLANG MEMAPARKAN SENARAI NAMA PELAJAR YANG CEMERLANG MENGIKUT TOPIK.....PELAJAR-PELAJAR YANG DISENARAIKAN DARI PELBAGAI SEKOLAH SELURUH MALAYSIA INI BERTUJUAN UNTUK MEMBNERI SEMANGAT PERSAINGAN SECARA SIHAT KEPADA PARA PELAJAR DALAM MENCAPAI KEJAYAAN DALAM PEPERIKSAAN...UNTUK DAPATKAN MAKLUMAR LANJUT SILA

Pengenalan Syarikat - Puncakmas

Pengenalan Syarikat

Puncakmas Marketing Sdn. Bhd. merupakan satu-satunya syarikat milik penuh bumiputera yang melahirkan produk-produk pendidikan secara online di Malaysia. Produk-produk yang dihasilkan adalah berteraskan pendidikan. Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 2007 di Utara Semenanjung iaitu di negeri Kedah Darul Aman yang beroperasi di Bandaraya Alor Setar, dan satu-satunya syarikat dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera yang menghasilkan produk pendidikan secara atas talian (online). Penyelidikan dan Pembangunan portal juga telah dibangunkan pada awal tahun 2007 dengan menjalankan beberapa R & D dan aplikasi serta bekerjasama dengan beberapa buah sekolah rendah dan menengah di sekitar Bandar Alor Setar.

Produk portal pendidikan ini telah dirasmikan pada 16 Mei 2009 di Terengganu Trade Centre oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang merupakan Menteri Pelajaran Malaysia dan disaksikan oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Ahmad Bin Said serta beberapa orang Ahli Lembaga Pengarah Puncakmas Marketing Sdn Bhd sendiri.

Puncakmas Marketing Sdn Bhd telah menjalinkan usahasama dengan Telekom Malaysia Berhad (TM) dan Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ), Universiti Sains Malaysia (USM) yang diketuai oleh Dr. Che Supian Mohamad Nor, selaku Timbalan Dekan BJIM pada 26 Januari 2010 bertempat di Bilik Persidangan PPPJJ, USM untuk membincangkan agenda kerjasama perkembangan e-learning di Malaysia.

Tanggal 25 mei 2010 merupakan satu titik sejarah Puncakmas Marketing Sdn. Bhd bersama Universiti Sains Malaysia yang kini telah menjadi Universiti EPAX satu kebanggaan rakyat Malaysia telah menandatangani perjanjian untuk memperluaskan penggunaan kemudahan sidang video di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) USM ke peringkat sekolah. Menerusi kerjasama itu, sidang video PPPJJ bukan saja boleh digunakan oleh penuntut USM malah ia juga boleh digunakan oleh pelajar, murid dan juga para belia. Kemudahan tersebut selaras dengan Plan Strategik Pengajian Tinggi Negara iaitu meningkatkan pengetahuan penggunaan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) dalam pembelajaran dan pengajaran.