Pengenalan MYSTAR

Apa itu Mystar



Mystar ialah satu portal pendidikan secara online yang berkonsepkan e-pendidikan atau juga dikenali dengan Webucation iaitu Website + Education. Portal ini merangkumi pendidikan untuk pelajar bermula usia 3 tahun sehingga 17 tahun. Bermakna dari permulaan kanak-kanak pra-sekolah, Sekolah Rendah sehinggalah ke Sekolah Menengah Sijil Pelajaran Malaysia.

Produk mystar



Mystar menyediakan 7 produk seperti :

1. MYSTAR- A - ini adalah untuk pendidikan dari Darjah 1 sehinggalah Tingkatan 5.


2. MYSTAR- Tadika - untuk kanak-kanak berusia 3 tahun hingga 6 tahun dan disediakan dalam 2 versi iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.




3. MYSTAR- Bahasa - Produk ini boleh diakses oleh semua lapisan masyarakat dari seawal usia 1 tahun sehingga usia 100 tahun. Di dalam modul MYSTAR-Bahasa ini, terdapat sembilan bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Jepun, Bahasa Arab, Bahasa Tamil, Bahasa Mandarin, Bahasa Thai, Bahasa Perancis, dan Bahasa Indonesia.


4. MYSTAR-Islamic direka khas untuk pengguna Muslim sahaja yang berumur seawal 1 tahun sehingga 100 tahun.

menyediakan elemen-elemen seperti berikut :

•Iqra'

•Al-Quran

•Solat

•Puasa

•Haji dan Umrah

•Himpunan Doa-Doa

5. MYSTAR-Info merangkumi himpunan doa-doa, motivasi, resipi, kuih-muih dan petua-petua serta tips.


6.MYSTAR-Tonton membawa konsep komunikasi dua hala yang akan membincangkan secara terus tentang kemusykilan atau permasalahan serta memberi panduan-panduan dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan kehidupan seharian secara 'Live Streaming' atau secara 'online'


7.MYSTAR- Ceria - Ia merupakan produk yang berunsur hiburan yang telah direka khas bagi tatapan pengguna untuk merehatkan minda serta menghilangkan tekanan selari dengan konsep iaitu rilek santai ceria. Modul hiburan ini mengandungi cerita, lagu dan permainan. MYSTAR-Ceria sesuai untuk semua lapisan umur. Kesemua elemen-elemen ini telah dipersembahkan di dalam bentuk animasi Flash.

Thursday, February 10, 2011

Tips Penggunaan Internet Untuk Kanak-kanak




TIP PENGGUNAAN INTERNET UNTUK KANAK-KANAK

Kemunculan internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh kerana tidak ada sesiapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, maka berjuta-juta laman web telah diwujudkan. Bermacam-macam maklumat (sama ada benar atau salah), idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga bahan lucah disebarkan melalui internet.

Apakah kesannya apabila kanak-kanak mula berjinak-jinak dengan internet tanpa pengetahuan anda? Adakah anda boleh ketahui laman web yang mana anak anda layari? Apakah yang anda boleh lakukan untuk memastikan yang anak anda selamat ketika melayari internet? Anda harus mempelajari selok belok dunia komputer agar anda dapat menyekat bahan yang tidak disenangi. Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh berkongsi dengan anak anda:

•Letak komputer di tempat yang umum dan bukan di dalam bilik agar anda dapat mengawasi anak anda.

•Tandakan (Bookmark) laman kegemaran anak anda agar senang untuk anda melayari laman tersebut.

•Kongsi akaun e-mel dengan anak anda agar anda dapat mengawasi mesej yang diterima.
•Luangkan masa untuk melayari internet bersama anak anda untuk mengajarnya tabiat "online" yang betul.

•Jangan sesekali membenarkan anak anda memasuki ruangan sembang peribadi (private chat rooms); sekat dengan ciri-ciri keselamatan yang di lengkapkan oleh penyedia perkhidmatan internet (internet service provider) atau guna perisian penapisan khusus (special filtering software).

•Selalu mengawasi kad kredit dan bil telefon anda untuk menyemak bayaran akaun yang luar biasa.

•Jangan buat tidak endah jika anak anda memberitahu ada pertukaran "online" yang tidak menyenangkan.

•Panjangkan salinan mesej yang mengandungi unsur lucah atau yang mengandungi unsur ugutan kepada penyedia perkhidmatan internet (internet service provider).

•Kebanyakan laman web menggunakan "cookies'" iaitu sejenis alat khas untuk mengesan informasi khusus berhubung dengan pengguna seperti nama, e-mel dan alamat. "Cookies" boleh diberhentikan (disabled). Hubungi penyedia perkhidmatan internet (internet service provider) anda untuk maklumat lanjut.
Artikel ini di petik dari : Portal Smart Consumer
**Dalam Program Mystar, sewaktu anak-anak menjawab soalan latihan, ada audio yang akan memperdengarkan sama ada jawapan yang diberi salah atau betul. Jika salah "tidak tepat" dan jika betul "cerdik" atau"pandai" atau "sangat pandai". Ini secara tidak langsung ibubapa tahu yang anak-anak sedang membuat latihan.

No comments: