Pengenalan MYSTAR

Apa itu Mystar



Mystar ialah satu portal pendidikan secara online yang berkonsepkan e-pendidikan atau juga dikenali dengan Webucation iaitu Website + Education. Portal ini merangkumi pendidikan untuk pelajar bermula usia 3 tahun sehingga 17 tahun. Bermakna dari permulaan kanak-kanak pra-sekolah, Sekolah Rendah sehinggalah ke Sekolah Menengah Sijil Pelajaran Malaysia.

Produk mystar



Mystar menyediakan 7 produk seperti :

1. MYSTAR- A - ini adalah untuk pendidikan dari Darjah 1 sehinggalah Tingkatan 5.


2. MYSTAR- Tadika - untuk kanak-kanak berusia 3 tahun hingga 6 tahun dan disediakan dalam 2 versi iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.




3. MYSTAR- Bahasa - Produk ini boleh diakses oleh semua lapisan masyarakat dari seawal usia 1 tahun sehingga usia 100 tahun. Di dalam modul MYSTAR-Bahasa ini, terdapat sembilan bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Jepun, Bahasa Arab, Bahasa Tamil, Bahasa Mandarin, Bahasa Thai, Bahasa Perancis, dan Bahasa Indonesia.


4. MYSTAR-Islamic direka khas untuk pengguna Muslim sahaja yang berumur seawal 1 tahun sehingga 100 tahun.

menyediakan elemen-elemen seperti berikut :

•Iqra'

•Al-Quran

•Solat

•Puasa

•Haji dan Umrah

•Himpunan Doa-Doa

5. MYSTAR-Info merangkumi himpunan doa-doa, motivasi, resipi, kuih-muih dan petua-petua serta tips.


6.MYSTAR-Tonton membawa konsep komunikasi dua hala yang akan membincangkan secara terus tentang kemusykilan atau permasalahan serta memberi panduan-panduan dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan kehidupan seharian secara 'Live Streaming' atau secara 'online'


7.MYSTAR- Ceria - Ia merupakan produk yang berunsur hiburan yang telah direka khas bagi tatapan pengguna untuk merehatkan minda serta menghilangkan tekanan selari dengan konsep iaitu rilek santai ceria. Modul hiburan ini mengandungi cerita, lagu dan permainan. MYSTAR-Ceria sesuai untuk semua lapisan umur. Kesemua elemen-elemen ini telah dipersembahkan di dalam bentuk animasi Flash.

Friday, February 4, 2011

Pengenalan Syarikat - Puncakmas

Pengenalan Syarikat

Puncakmas Marketing Sdn. Bhd. merupakan satu-satunya syarikat milik penuh bumiputera yang melahirkan produk-produk pendidikan secara online di Malaysia. Produk-produk yang dihasilkan adalah berteraskan pendidikan. Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 2007 di Utara Semenanjung iaitu di negeri Kedah Darul Aman yang beroperasi di Bandaraya Alor Setar, dan satu-satunya syarikat dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera yang menghasilkan produk pendidikan secara atas talian (online). Penyelidikan dan Pembangunan portal juga telah dibangunkan pada awal tahun 2007 dengan menjalankan beberapa R & D dan aplikasi serta bekerjasama dengan beberapa buah sekolah rendah dan menengah di sekitar Bandar Alor Setar.

Produk portal pendidikan ini telah dirasmikan pada 16 Mei 2009 di Terengganu Trade Centre oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang merupakan Menteri Pelajaran Malaysia dan disaksikan oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Ahmad Bin Said serta beberapa orang Ahli Lembaga Pengarah Puncakmas Marketing Sdn Bhd sendiri.

Puncakmas Marketing Sdn Bhd telah menjalinkan usahasama dengan Telekom Malaysia Berhad (TM) dan Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ), Universiti Sains Malaysia (USM) yang diketuai oleh Dr. Che Supian Mohamad Nor, selaku Timbalan Dekan BJIM pada 26 Januari 2010 bertempat di Bilik Persidangan PPPJJ, USM untuk membincangkan agenda kerjasama perkembangan e-learning di Malaysia.

Tanggal 25 mei 2010 merupakan satu titik sejarah Puncakmas Marketing Sdn. Bhd bersama Universiti Sains Malaysia yang kini telah menjadi Universiti EPAX satu kebanggaan rakyat Malaysia telah menandatangani perjanjian untuk memperluaskan penggunaan kemudahan sidang video di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) USM ke peringkat sekolah. Menerusi kerjasama itu, sidang video PPPJJ bukan saja boleh digunakan oleh penuntut USM malah ia juga boleh digunakan oleh pelajar, murid dan juga para belia. Kemudahan tersebut selaras dengan Plan Strategik Pengajian Tinggi Negara iaitu meningkatkan pengetahuan penggunaan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) dalam pembelajaran dan pengajaran.

No comments: