Pengenalan MYSTAR

Apa itu Mystar



Mystar ialah satu portal pendidikan secara online yang berkonsepkan e-pendidikan atau juga dikenali dengan Webucation iaitu Website + Education. Portal ini merangkumi pendidikan untuk pelajar bermula usia 3 tahun sehingga 17 tahun. Bermakna dari permulaan kanak-kanak pra-sekolah, Sekolah Rendah sehinggalah ke Sekolah Menengah Sijil Pelajaran Malaysia.

Produk mystar



Mystar menyediakan 7 produk seperti :

1. MYSTAR- A - ini adalah untuk pendidikan dari Darjah 1 sehinggalah Tingkatan 5.


2. MYSTAR- Tadika - untuk kanak-kanak berusia 3 tahun hingga 6 tahun dan disediakan dalam 2 versi iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.




3. MYSTAR- Bahasa - Produk ini boleh diakses oleh semua lapisan masyarakat dari seawal usia 1 tahun sehingga usia 100 tahun. Di dalam modul MYSTAR-Bahasa ini, terdapat sembilan bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Jepun, Bahasa Arab, Bahasa Tamil, Bahasa Mandarin, Bahasa Thai, Bahasa Perancis, dan Bahasa Indonesia.


4. MYSTAR-Islamic direka khas untuk pengguna Muslim sahaja yang berumur seawal 1 tahun sehingga 100 tahun.

menyediakan elemen-elemen seperti berikut :

•Iqra'

•Al-Quran

•Solat

•Puasa

•Haji dan Umrah

•Himpunan Doa-Doa

5. MYSTAR-Info merangkumi himpunan doa-doa, motivasi, resipi, kuih-muih dan petua-petua serta tips.


6.MYSTAR-Tonton membawa konsep komunikasi dua hala yang akan membincangkan secara terus tentang kemusykilan atau permasalahan serta memberi panduan-panduan dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan kehidupan seharian secara 'Live Streaming' atau secara 'online'


7.MYSTAR- Ceria - Ia merupakan produk yang berunsur hiburan yang telah direka khas bagi tatapan pengguna untuk merehatkan minda serta menghilangkan tekanan selari dengan konsep iaitu rilek santai ceria. Modul hiburan ini mengandungi cerita, lagu dan permainan. MYSTAR-Ceria sesuai untuk semua lapisan umur. Kesemua elemen-elemen ini telah dipersembahkan di dalam bentuk animasi Flash.

Sunday, February 6, 2011

Berstatus Stokis



Alhamdulillah...kini kami telah mendaki satu lagi anak tangga dengan berstatus stokis untuk Parlimen Melaka Tengah. Semoga kami akan terus mendapat sokongan dari semua pihak.

Friday, February 4, 2011

Modul Tambahan MyStar-A




MYCEMERLANG MEMAPARKAN SENARAI NAMA PELAJAR YANG CEMERLANG MENGIKUT TOPIK.....PELAJAR-PELAJAR YANG DISENARAIKAN DARI PELBAGAI SEKOLAH SELURUH MALAYSIA INI BERTUJUAN UNTUK MEMBNERI SEMANGAT PERSAINGAN SECARA SIHAT KEPADA PARA PELAJAR DALAM MENCAPAI KEJAYAAN DALAM PEPERIKSAAN...UNTUK DAPATKAN MAKLUMAR LANJUT SILA

Pengenalan Syarikat - Puncakmas

Pengenalan Syarikat

Puncakmas Marketing Sdn. Bhd. merupakan satu-satunya syarikat milik penuh bumiputera yang melahirkan produk-produk pendidikan secara online di Malaysia. Produk-produk yang dihasilkan adalah berteraskan pendidikan. Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 2007 di Utara Semenanjung iaitu di negeri Kedah Darul Aman yang beroperasi di Bandaraya Alor Setar, dan satu-satunya syarikat dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera yang menghasilkan produk pendidikan secara atas talian (online). Penyelidikan dan Pembangunan portal juga telah dibangunkan pada awal tahun 2007 dengan menjalankan beberapa R & D dan aplikasi serta bekerjasama dengan beberapa buah sekolah rendah dan menengah di sekitar Bandar Alor Setar.

Produk portal pendidikan ini telah dirasmikan pada 16 Mei 2009 di Terengganu Trade Centre oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang merupakan Menteri Pelajaran Malaysia dan disaksikan oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Ahmad Bin Said serta beberapa orang Ahli Lembaga Pengarah Puncakmas Marketing Sdn Bhd sendiri.

Puncakmas Marketing Sdn Bhd telah menjalinkan usahasama dengan Telekom Malaysia Berhad (TM) dan Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ), Universiti Sains Malaysia (USM) yang diketuai oleh Dr. Che Supian Mohamad Nor, selaku Timbalan Dekan BJIM pada 26 Januari 2010 bertempat di Bilik Persidangan PPPJJ, USM untuk membincangkan agenda kerjasama perkembangan e-learning di Malaysia.

Tanggal 25 mei 2010 merupakan satu titik sejarah Puncakmas Marketing Sdn. Bhd bersama Universiti Sains Malaysia yang kini telah menjadi Universiti EPAX satu kebanggaan rakyat Malaysia telah menandatangani perjanjian untuk memperluaskan penggunaan kemudahan sidang video di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) USM ke peringkat sekolah. Menerusi kerjasama itu, sidang video PPPJJ bukan saja boleh digunakan oleh penuntut USM malah ia juga boleh digunakan oleh pelajar, murid dan juga para belia. Kemudahan tersebut selaras dengan Plan Strategik Pengajian Tinggi Negara iaitu meningkatkan pengetahuan penggunaan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) dalam pembelajaran dan pengajaran.

Thursday, February 3, 2011

Bagaimana Untuk Mendaftar

Anda Klik button di bawah atau juga disebelah kiri atas untuk mendaftar


Anda boleh juga emailkan kepada saya di zahidah@gmail.com
1.Sijil kelahiran kesemua anak-anak anda
2.Butir-butir Nama Anak,Tahap Sekolah, Nama Sekolah, Nama Ibubapa, No IC Ibubapa, No HP Anda dan juga alamat surat menyurat anda.
4. Masukkan Wang RM160  (RM100 - pendaftaran untuk 1 tahun dan RM60 untuk sebulan penggunaan) atau jumlah mengikut pilihan pakej (sama ada pakej gangsa, perak, emas atau platinum )anda ke No akaun yang saya akan berikan melalui email.
5.Saya akan melakukan pendaftaran dan ID serta password akan saya SMS atau emailkan kepada anda dan setelah itu anda boleh terus menggunakan Mystar dan juga sebagai Usahawan Mystar.

Keratan Akhbar


Universiti Sains Malaysia (USM) dan Puncakmas Marketing Sdn.Bhd telah menandatangani memorandum perjanjian kerjasama bagi teknik menjawab soalan-soalan peperiksaan
UPSR, PMR dan SPM 2010. Teknik sidang video ini adalah konsep
tuisyen pertama di Malaysia yang menggunakan sidang video serta interaksi
2 hala antara pelajar-pelajar seluruh Malaysia dengan guru-guru pakar USM.

Pelan Pemasaran

Pelan Pemasaran ini secara ringkasnya, untuk anda betul-betul memahaminya sila hubungi saya atau mereka yang telah saya listkan di sebelah kanan ini. Kami akan menetapkan tarikh dan waktu yang sesuai untuk kami beri penerangan lanjut. Adalah lebih baik lagi jika anda dapat mengumpul beberapa orang rakan anda untuk kami terangkan secara terperinci.























HARGA MYSTAR

Berapa yang anda perlu bayar untuk mendapatkan 1 portal MYSTAR?

Dengan HANYA RM160 anda boleh memperolehi 1 portal MYSTAR yang boleh digunakan untuk satu keluarga dengan tidak ada had bilangan anak. Murahkan? Dengan RM60 sebulan anda boleh menggunakan portal ini untuk kesemua anak anda. Dengan RM160 ini anda memperolehi penggunaan portal selama 1 bulan (RM100 untuk pendaftaran seumur hidup + RM60 untuk penggunaan sebulan).
Ok, bagi mereka yang ingin menambahkan pendapatan boleh baca seterusnya......
MYSTAR menawarkan 4 pakej yang anda boleh pilih mengikut kemampuan anda.
1.Pakej Gangsa - 1 Bussines Centre
Modal = RM400
Dengan bermodalkan RM400 ini anda akan memperolehi 1 portal untuk 1 keluarga (tanpa had bilangan anak), dan penggunaan selama 6 bulan. Selain itu anda juga boleh manaja sesiapa sahaja dengan bonus RM60 bagi setiap tajaan. Potensi pendapatan bulanan pakej ini ialah sehingga RM21,000.


2.Pakej Perak - 3 Bussines Centre
Modal = RM1,000
Anda yang memilih pakej ini mempunyai peluang yang lebih untuk memperolehi pendapatan yang lumayan. Kenapa ?? Ini adalah kerana anda boleh menaja sesiapa sahaja dengan keuntungan yang lebih baik. Lihat di sini:
Menaja Gangsa - RM60
Menaja Perak - RM130
Menaja Emas dan Platinum - RM150
Potensi pendapatan bulanan Perak ialah RM63,000

3. Pakej Emas - 7 Bussines Centre
Modal - RM2,400
Mereka yang memilih pakej ini meninggikan peluang anda untuk memperolehi pendapatan yang lumayan. Kenapa?? Lihat di sini :
Menaja Gangsa - RM60
Menaja Perak - RM150
Menaja Emas - RM350
Menaja Platinum - RM400
Potensi pendapatan bulanan anda ialah sehingga RM147,000


4. Pakej Platinum - 15 Bussines Centre
Modal = RM5000
Anda yang memilih pakej ini ialah anda yang betul-betul komited untuk menjadikan MYSTAR ini sebagai pendapatan tambahan anda. Pelbagai bonus dan insentif yang anda perolehi dengan pakej ini dan keuntungan yang tinggi. Kenapa?? Lihat sini :
Menaja Gangsa - RM60
Menaja Perak - RM160
Menaja Emas - RM400
Menaja Platinum - RM800
Mereka yang memilih pakej ini memiliki kelebihan seperti Bonus Power Platinum. Potensi pendapatan bulanan platinum ialah sehingga RM315,000.

Kesemua bonus ini akan dibayar secara terus oleh pihak syarikat iaitu PuncakMas Sdn.Bhd.

Bagi mereka yang telah memilih salah satu pakej di atas, jika anda hendak memperolehi keuntungan dan bonus, anda perlulah secara basicnya mencari 2 orang rakan niaga. Kenapa 2 rakan niaga?? Kerana Puncakmas akan membayar bonus mengikut sistem pairing (pasangan), di mana setiap pasangan akan dibayar bonus RM35 dan maksimum 1 BC akan dibayar untuk 20 pasang bersamaan RM700 sehari bagi 1 BC dan anda kiralah berapa pendapatan anda untuk sebulan?? Lumayan kan..??
Jika ramai lagi anda boleh menaja, bermakna banyaklah income yang anda boleh perolehi......

Tetapi anda perlu tahu, sistem di Puncakmas ini bukanlah sistem pyramid . Sistem puncakmas ini berkonsepkan siapa yang rajin dialah yang akan memperolehi pendapatan tinggi di mana orang bawah (downline) boleh memintas orang diatasnya (upline)
Anda tidak perlu risau untuk mencari prospek kerana ini adalah produk pendidikan di mana hampir semua keluarga memiliki anak yang sememangnya kita tahu semestinyalah mementingkan pendidikan.

Apa tunggu lagi, di samping untuk penggunaan sendiri, anda juga berpeluang untuk menambahkan pendapatan anda....jangan segan untuk menghubungi saya melalui e-mail dan insyaallah saya akan memberi penerangan secara lebih terperinci lagi mengenai MYSTAR ini.